Aku Seorang Guru

Sudah lama merancang untuk menulis di sini, tetapi sering sahaja hasrat itu terbantut dek keletihan, kelelahan dan ‘kesakitan’. Penatnya menjadi guru. Ya, bukan senang menjadi seorang guru. Pahalanya berganda, tentu cabarannya jua tidak terkira.

Sejak bergelar guru, saya dihinggap bermacam-macam ‘penyakit’, bahkan sampai kepada tahap ‘tidak berapa dapat berfikir dengan betul’. Sebaik pulang dari sekolah sekitar jam 3.00 atau 4.00 atau 5.00 petang (guru sekarang sudah tidak pulang awal seperti zaman dahulu, kerjanya lebih mengikut waktu pejabat), menghadap dinding. Dinding bilik itulah teman akrab kerana tidak ada sesiapa di rumah pada waktu itu. Sesekali, rasa hendak ‘gila’ juga.

Satu-satunya guru baru di sekolah, maka sedikit silap sahaja, pasti akan ‘dibelasah’ semahu-mahunya. Sehingga saya pernah dimomokkan untuk ‘dipecat’. Betapa ‘dibelasah’, saya tetap tidak mahu menunjuk lemah di hadapan mereka. Sejak dari itu, pantang terserempak dengan sesiapa, contohnya cleaner, akan terus terdetik di hati ini:

“Alangkah bahagianya pekerjaan cleaner itu. Kerjanya mudah, mencuci sahaja. Tidak terlalu terikat dengan pihak atasan asalkan kerjanya sempurna.”

Kala terlihat pengawal keselamatan sekolah yang sedang minum kopi di pondok pengawal, terdetik pula:

“Seronoknya jadi pengawal keselamatan. Kerja tak banyak. Duduk sahaja. Jarang dimarahi oleh sesiapa.”

Pendek kata, dalam sebulan dua bekerja ini, begitulah dilema yang saya hadapi. Sehinggakan saya pernah trauma dan fobia untuk ke sekolah pada keesokan hari disebabkan takut melakukan kesilapan, seterusnya dimarahi. Setelah itu, saya dilanda kemurungan melampau selama seminggu dua, menyebabkan guru-guru lain juga perasan. Ketika itu, saya lebih suka bersendirian dan melayan perasaan sendiri.

Yang terfikir di minda saya setiap masa;

“Kalau dipecat, aku akan buat kerja apa?”

“Mm, tak apalah kalau dipecat pun. Aku rela buat kerja lain.”

“Tak seronok langsung jadi guru!”

“Andai boleh, aku hendak bekerja sebagai guru sekejap sahaja, kemudian berhenti dan buka perniagaan sendiri.”

Bermacam-macam perkara yang terdetik di fikiran saya dalam tempoh itu, hingga bagai hendak gila. Saya sangka, hanya saya seorang alaminya. Rupa-rupanya masih ramai yang lain. Saya terkesan itu apabila seorang teman berkata; “Ju, seronoknya jadi suri rumah macam mak hang. Tak payah tension kena marah.”

Hmm… itulah, bukan senang hendak jadi seorang guru. Tugas mengajarnya tidaklah sebanyak mana, cuma lebih banyak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. Yalah, guru itu kan boleh jadi semua; kerani, tukang paip, tukang besi, tukang jahit, tukang masak, pustakawan, doktor, jururawat, tukang cuci, tukang kebun…. ha, ada lagi nak tambah?

Itulah hakikatnya diri ini sekarang. Aku seorang guru!

12 thoughts on “Aku Seorang Guru

  1. Ustazah kena tenang hadapi semua ini……..macam tu jugalah yg dihadapi oleh ayah saya yg kerja sebagai guru…….sampaikan pernah dia cakap pesakit mental kebanyakan drpd profesion perguruan………

  2. seronok baca entry ni..sbb sy pn guru…dah 10 thn mengajar dan cikgu2 veteran pn akui..cabaran guru sekarang dh x macam dulu..lebih sronok jadi guru zaman dulu..tugas sebenar mengajar tanpa dicampur hal2 lain..blum campur politiking lagi…apapun…semoga setiap usaha kt diberi ganjaran syurga..Aminn

  3. mmg betol….cgu skrg dh xde istilah balik cepat…cuti pon kena sekolah…kelas tambahan la…program kecemrlangan la….macam2….pelan tu…pelan ni…sume kena ikut…tp bila kuar je result exam…kita la yg melompat dulu…kita la yg senyum meleret wpon akhirnya nnt…cgu tusyen juga yg bagus….hmmm…

    nak jadi cgu…nk jd cgu….

    yg ptg ikhlas….moga kita jadi guru yg diingati kerana apa yg telah kita usahakan…insyaAllah

  4. Berbanggalah menjadi guru….pikul dan laksanakan amanah tanpa jemu….apa yang disemai itu yang akan dituai……itu antara tiket vvip ke syurga cikgu….bukan semua profesion setiap hari menitipkan ilmu berguna pada org lain….:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s