Pereka Indonesia rancang eksport permainan bercirikan Islam

JAKARTA: Seorang wanita Indonesia menghasilkan satu alternatif kepada anak patung Barbie dinamakan Salma yang menepati ciri-ciri Islam untuk pasaran penduduk Muslim.

Salma bermaksud ‘damai’ dalam bahasa Arab dan menampil pelbagai imej menerusi pakaian daripada tudung ‘abaya’ kepada pakaian solat.

Semua pakaian Salma bertangan panjang dan labuh ke tumit serta bertudung kepala.

Penciptanya adalah seorang ahli perniagaan, Sukmawati Suryaman, yang memberitahu dia mendapat inspirasi mencipta anak patung itu tahun lalu selepas melihat anak saudaranya bermain Barbie.

“Saya terus teringat pada masa itu bahawa alangkah baiknya jika kami ada anak patung bercirikan Muslim seperti itu kerana semua orang tahu kanak-kanak suka meniru gaya anak patung mereka,” katanya.

Indonesia adalah negara Islam terbesar dunia dengan 85 peratus daripada 226 juta penduduknya adalah Muslim dan kebanyakannya berhaluan sederhana.

Ramai wanitanya turut menutup kepala menjadikan gaya pakaian anak patung Salma ala konservatif memudahkan kanak-kanak mengenalinya berbanding gaya umpama bintang pop patung Barbie atau Bratz, kata Reuters.

Sukmawati yang mempelajari bidang kejuruteraan, mengendalikan perniagaannya dari rumah.

Dia mengimport patung plastik dari China dan mereka cipta serta menjahit pakaian serta aksesori Salma dengan bantuan dua jirannya.

Anak patung itu dimasukkan dalam bungkusan dan dijual menerusi pemborong atau melalui laman web di alamat http://www.bonekasalma.com, lapor agensi berita itu.

Di laman web berkenaan, Salma diberi gelaran anak ‘patung Muslim Barbie.’

Sukmawati menjual kira-kira 200 anak patung itu sebulan dan kebiasaannya ia meningkat menjelang sambutan Aildifitri kerana ramai yang suka bertukar-tukar hadiah.

Dia juga merancang mengeksport patung itu ke Malaysia dan Brunei kerana percaya akan mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya rasa Salma boleh menjadi contoh dan pilihan baru. Patung Barbie memakai pakaian yang terlalu ringkas manakala Salma lebih sederhana dan memakai tudung,” kata Tina, seorang wanita yang ditemui ketika membeli patung itu untuk anaknya. – Reuters

Petikan dari Berita Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s