Musim Menimba Dari Perigi Puisi…

Hari pertama minggu perkuliahan telah memberatkan kotak akalku. Dan minggu pertama itulah aku dilanda pening kepala dan kelelahan yang bertimpa-timpa. Semester ini merupakan semester yang mencabar buatku kerana aku mengambil 22 jam kredit; 8 subjek. Mujurlah ada 3 subjek tidak perlu menghadapi peperiksaan. Tetapi tugasan setiap satunya tetap berat. Memang semester yang paling menggugah!

Namun demikian, semester ini telah memberikan aku peluang untuk menimba ilmu kepenyajakan daripada penyanyi, komposer dan penyajak terkenal; Zubir Ali. Aku sudah 3 kali masuk ke kelasnya, dan setiap kali itulah aku bersemangat meski untuk menghadiri kuliahnya itu penuh cabaran lain yang terpaksa kutempuhi, dan ia benar-benar meletihkan.

Aku suka setiap bait kata yang keluar dari mulut beliau. Sesuai dengan jiwaku yang berdayung di tasik sastera ini. Kata-katanya berbunga indah, kritis dan dalam maknanya. Maka, setiap kali aku menghadiri kelasnya, meski kantuk sering bertandang, tetap cuba kutahan-tahankan. Aku tidak mahu terlepas setiap ilmu yang beliau ‘hidangkan.’ Akan aku cuba suap ke mulut akalku yang sedia ternganga kelaparan sejak sekian waktu. Lama dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s