Kami, Guru Memang Hebat!

Kami, selaku para guru memang hebat. Hebat segenap segi.

Kami datang sekolah waktu dinihari. Gelap pun masih belum mahu pergi. 6.30 pagi sekurang-kurangnya sudah terpacak di bilik guru menyelesaikan tugas-tugas berbaki yang tidak sempat dihabiskan dalam sehari.

Kami pulang dari sekolah mengalahkan orang kerja ofis. 5.30 petang masih berkelintar di tengah padang, dengan setia menjadi pemerhati pelajar-pelajar beraktiviti. Kalau rumah kami jauh, santak ke malam barulah tiba di rumah dengan penat tak terperi. Tapi tugas tak habis-habis lagi. Tanggungjawab pada anak bini dan suami belum terlunasi. Sampai berkelahi suami isteri juga sudah jadi lumrah hari-hari, maklum saja guru sekarang hebat segenap segi, jadi perlu ada jadi korban dan galang ganti.

Kami guru hebat sebab pulangnya ke rumah membawa kerja bertimbun berguni. Orang kerja ofis pun rasanya lebih bergoyang kaki di rumah sendiri. Kami tidak. Kami guru hebat, jadi kerja kami juga perlu lebih banyak meski gaji tidak sehebat mana. Setelah selesai urusan rumahtangga, kami kelebek kerja-kerja sekolah yang perlu diselesaikan sesegera mungkin, sekalipun diberi saat akhir. Maklum sahaja kami tangkas macam lipas kudung. Orang arahkan, kami buat. Tergadai keluarga pun tidak mengapa. Yalah, hidup ini kan perlu banyak lakukan pengorbanan, terutama buat pertiwi.

Jam 12.00 pagi kami masih belum tidur, membelek komputer riba dengan perisian yang lembab dan menyusahkan, tetapi kami patuh saja. Sudah arahan, apa boleh dikata. Disebabkan talian ‘sesak’ dengan pengunjung yang juga guru-guru, maka kami pun tidurlah dulu, sebab bercadang untuk ‘qiyamullail’ depan komputer jam 5.00 pagi. Mana tahu, pengunjungnya sedikit sebab jarang-jarang orang gemar buat ‘qiyamullail’. Tetapi tidak. Wah, rupa-rupanya banyak guru bangun ‘bertahajud’ depan komputer seperti kami. Betapa hebatnya kami guru-guru… tapi kerja tetap tidak selesai kerana perisiannya terlalu ‘canggih’.

Kami sedar, kami sangat hebat. Sebab apa? Yalah, kami pulun buat perancangan dengan strategi yang macam-macam untuk cemerlangkan pelajar, tetapi pelajar buat tak tahu. Bila keputusan periksa keluar, andai keputusan merosot, kami dipersalahkan kerana kononnya kami belum optimumkan usaha. Iya, betul… guru-guru perlu gandakan usaha, biarkan pelajar bermain-main tidak mengapa. Mereka tidak belajar, itu bukan salah mereka, tetapi salah guru. Guru kan hebat, seharusnya boleh buat pelajar cemerlang meski mereka tidak mahu sentuh buku.

Kami, guru memang hebat, meski kebajikan kami sering terabai dan urusan peribadi kami disusahkan. Kami tidak boleh bersiar-siar selalu, nanti didengki ‘orang’. Setahun sekali sahaja kami boleh berjalan jauh lihat tempat orang. Ingat, nanti kami didengki orang kerana kami, guru memang hebat.

Dengan itu, kami ingin menobatkan diri sendiri bahawa kami, para guru memang hebat!

Waaah… bangganya!!!

6 thoughts on “Kami, Guru Memang Hebat!

  1. assalam. marah benor nampaknya ustazah kita ni. Memangbenar lah apa yang dikata tapi dah ditakdir dok dengan mak bapak yang beranak ramai
    (KPM) banding dgn jabatan lain tu yang kadang mak bapak (KPM) tak sempat nak entertain anak pakai laung jer tak tengok dekat pun . itu yang tak tahu apa masalah anak kat bawah tuu…

  2. Salam. Tahniah puan telah membuatkan saya dan guru-guru lain teruja dengan kehabatan yang ada! Sekurang-kurangnya kita dapat berkogsi ‘nikmat’ menjadi seorang guru. Kita selalunya sanggup berusaha menolong anak didik kita dengan apa jua cara. Antara lain bak kata seseorang: ” we dont fight crimes,but we fight stupidity and ignorance.” Selamat meneruskan perjuangan.

  3. The frustrations you have written here though hidden under the ‘reversed psychology’ are actually shared with other professions…i speak for the doctors…tak cukup dengan oncalls,bawa balik lagi keja kat umah…setiap hari bukan saja bergelut dengan pesakit tetapi yang lebih sakit ialah sistem…I don’t know whether these system failures/weaknesses only in M’sia or happening elsewhere.Tapi saya pernah duduk kat UK nearly 3 yrs …sebagai pesakit dan parents to schoolgoing children tak pulak terasa bahang kekalutan sistem seperti di sini.Moga tuhan tetapkan sifat sabar dan daya juang dalam diri guru2 dan juga doktor2 di M’sia ni…harap tak larikan diri…ke dalam diri,ke sektor swasta,ke IPT,etc,etc.Ada yang sangat memerlukan kita di sini…Kita berehat di sana nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s