Lamanya Tidak Menulis!

Sungguh lama tidak menulis di sini. Pelbagai alasan dicipta untuk tidak menghiraukan laman ini. Bagaimanapun, rindu tetap berkunjung.

Sedar tidak sedar, sudah dua bulan lebih saya di sekolah baharu. Dahulu sekolah baharu juga, tetapi ini lebih baharu. Sudah nasib diri dipindahkan. Maka terima dengan senang hati. Di sekolah baharu, saya rasa bagai sudah setahun di sini. Apa yang membuatkan saya rasa begitu adalah kerana pelajar-pelajarnya yang terlalu rencam tingkah dan tindakan, sehingga yang boleh membuatkan saya marah kerana merekalah, yang membuatkan hati sedih pun kerana mereka, malah hidup saya riang gembira juga disebabkan mereka.

Di sini, pelajar-pelajar lelaki mendominasi, malah asal sekolah ini dahulu terdiri daripada semua pelajar lelaki. Sebelum datang ke sini, saya dengar banyak kisah menakutkan tentang pelajar, sehingga saya turut resah gelisah sebelum menjejakkan kaki ke sini. Bagaimanapun, setelah dua bulan di sini, saya sudah hampir mengenali kesemua mereka. Meski mereka sangat nakal dan saya agak letih, saya lebih bahagia. Di sini bagi saya, kehidupan lebih cerah. Saya juga lebih gembira bekerja. Itu sahaja untuk kali ini🙂

Antara pelajar-pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar lelaki.

Pelajar ini tidak mahu menulis di meja, sebaliknya lebih selesa di atas lantai.

Pelajar tingkatan 3.

Pelajar perempuan tingkatan 3.

Itu rotan saya.

5 thoughts on “Lamanya Tidak Menulis!

  1. Salam.Ustazah bertugas di Georgetown?Rasanya masa majlis ihtifal negeri di Al-Mashoor,saya terperasan macam muka ustazah.Iya ka?

    • Salam… Betullah tu. Memang masa majlis ihtifal tu saya ditugaskan untuk menjadi penjaga masa bagi kuiz ilmu wahyu peringkat menengah rendah di Al-Mashoor lelaki. Saya memang mengajar di Georgetown🙂

  2. Saya pun masih student di almashoor.Jaga kaunter pendaftaran masa tu.Adeh,tak sangka telahan saya betul.Ingatkan ustzh mengajar di KL.Btw,teruskan menulis ya,suka cara penulisan ustazah. !🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s