Menjelang Syawal

Dinihari. Diulit dingin yang mencengkam tulang hitam. Waktu-waktu begini, tiba-tiba sahaja terkenangkan sekolah kerana lazimnya jam begini sudah pun meredah gelap bukat untuk meneruskan misi seorang guru. Teringat hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya. Ramai guru berasa gembira memandu ke sekolah kerana jalan raya yang lengang. Pelajar juga tidak ramai yang hadir. Awal-awal lagi sudah menyambut raya. Sementara yang datang ke sekolah rupa-rupanya juga mempunyai ‘misi’ tertentu; mahu kutip duit raya daripada para guru!

Jenuh dikecek, dibodek dan dipuja-puji untuk mendapatkan duit raya.

“Ustazah cantik hari ini. Tak mahu beri duit rayakah?”

“Beratlah beg ustazah. Mesti banyak duit.”

“Cikgu, mari saya tolong angkatkan barang. Dan jangan lupa duit rayanya.”

Itulah kata-kata manis mereka. Guru-guru sekadar tersenyum melihat gelagat keanak-anakan mereka. Pelajar menengah atas juga ada yang meminta.

“Ustazah, nak duit raya.”

“Heh, sudah besar. Mana boleh beri duit raya.”

“Tidak, ustazah. Saya masih kecil.”

Saya hanya mengulum senyum. Gelagat anak-anak. Riang mahu menyambut raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s