Tahun Baru 2013

Sedar tidak sedar, cepat sangat masa berlalu. Seperti baru semalam menerima skrol ijazah pada hari pengijazahan, dan hari ini sudah hampir tiga tahun aku bergelar guru.
Terlalu banyak cerita, peristiwa dan masalah khususnya di sekolah menyebabkan aku merasakan masa begitu pantas beranjak dan menyalin hari. Paling ketara, usiaku kian meningkat. Seolah-olah tidak percaya, tidak berapa tahun sahaja lagi, usiaku akan genap tiga puluh tahun. Tuanya aku! Bagai tidak terasa pula. Agaknya kerana ramai benar yang melihat aku seolah-olah masih muda, lantas mendoakan aku agar tetap tampak muda! Barangkali. Amin.
1 Januari 2013. Tirainya kuhias dengan ziarah mahabbah ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Menjengah pelajar-pelajar yang seketika dahulu pernah kuasuh, malah ibarat adik-adikku jua kerana adikku yang bongsu seusia itulah. Memberi ingat kepadaku bahawa dengan kian dewasanya mereka, bermakna aku melihat cermin diriku yang kian dijamah usia. Petanda tua.

image

Tahun ini, aku mengharapkan semua yang dilakukan menjadi lebih baik dan tidak sia-sia persis puing-puing yang berterbangan ditiup deru angin. Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s