Saki Baki 2014

image

TERUKNYA! Sungguh memalukan.

2014 bakal berakhir, tetapi catatan di sini terlalu sedikit dari tahun ke tahun.

Bolehkah alasan “Sedang membiasakan diri menggalas tanggungjawab isteri, ibu dan guru” diterima? Mungkin tidak. Atau setepatnya; malas? Ya. Aku rasa itu lebih tepat.

Sebenarnya 2014 merakam banyak juga peristiwa menarik. Tentulah. Suasana sekolah yang baharu, subjek baharu, pelajar baharu, dan seribu satu macam pengalaman yang berbeza.

Tahun ini aku dilantik sekali lagi sebagai pengawas SPM. Sepanjang menjadi pengawas SPM, kali ini memang terbaik. Banyak yang hendak kucoretkan tentang pengawasan SPM yang sungguh ‘merehatkan’, mengikat ukhuwah dan toleransi ketua pengawas yang sungguh luar biasa! Tetapi catatan untuk itu tidak sempat kucoretkan dan ia berlalu ditiup bayu musim tengkujuh.

2014; banyak kursus dan bengkel penulisan yang ‘terhulur’ di hadapanku yang terpaksa aku tolak, sekalipun hatiku meronta-ronta ingin mengikutinya. Pendek kata, 2014 banyak juga menyaksikan kemerudumanku dalam berkarya.

Bagaimanapun, 2014 tetap terisi dengan momen manis. Syukur. Buat kali pertama, cerpenku terpilih sebagai salah satu hadiah penghargaan sempena Sayembara Menulis Cerpen Maulidur Rasul 2014 peringkat Kebangsaan, anjuran BPI, KPM. Syukurlah. Mungkin permulaan yang baik. Sambil berkerjaya, ada peluangku untuk tetap berkarya.

Apa pun, catatan kali ini berjaya menambah koleksi catatan bagi tahun 2014.

-Dalam kesempatan yang sulit dicari.-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s