Catatan Hujung

BAIKLAH. Sekarang, tiada lagi alasan untuk tidak menulis. Cuma seperkara, aku tidak faham mengapa sejak dua tiga tahun ini, aku hanya ‘mampu’ menulis catatan hujung kesemuanya. Di penghujung tahun.

Lama aku berhasrat menuang aksara di halaman maya ini. Tetapi barangkali aku tidak mengurus masa dengan baik, sehingga aku hanya dapat menumpukan kepada satu kerja dalam satu masa.

Atau sebenarnya aku terlalu sibuk hingga tiada masa? Benarkah begitu?

Hakikatnya, sejak aku pulang ke negeri tempat aku bermain ini, aku jadi sangat seronok bekerja. Banyak perkara memotivasikan aku untuk memberi tumpuan kepada kerjayaku ini. Apa perkara-perkara itu?

Hmm. Sebenarnya, di sini, aku bekerja sambil menyumbang tenaga dan idea dalam lapangan yang aku minati. Sebagai contoh, sejak dari kecil, aku dengan alunan nasyid tidak dapat dipisahkan. Kerana aku perempuan, nasyid itu hanya meniti dan menjadi siulan bibir. Entah keberuntungan apa, di sini, aku tiba-tiba dilibatkan dalam pembentukan kumpulan nasyid sekolah. Sememangnya penglibatan dalam bidang ini memerlukan komitmen idea, tenaga, masa dan kewangan yang tinggi, tetapi apakan daya, aku sememangnya mencintai lapangan ini.

Setibanya di rumah, aku menjadi ‘kain buruk’. Itu perkara biasa. Komitmen terhadap nasyid memerlukan kepada latihan harian, sehabis tamat waktu persekolahan hinggalah hampir jam 7 malam. Sementelah pelajar-pelajar yang terpilih itu pula sememangnya pencinta seni. Mereka bekerja keras. Sungguh-sungguh.

Tempel sekeping gambar di sini. Shoutul Hadi’. Suara Kesyahduan. Mereka anak sulung bagiku kerana baru tahun ini aku terlibat melatih kumpulan nasyid sekolah. Meski tidak berjaya mara ke peringkat daerah, mereka terus mengorak langkah mengimarahkan majlis dan program di sekolah dengan suara lunak mereka. Alhamdulillah.

image

Shoutul Hadi'

Sekarang, aku terlibat mencari pelapis buat menggantikan mereka. Sebelum cuti sekolah lalu, alhamdulillah, aku dan rakan seperjuangan serta Team Shoutul Hadi’ sendiri telah mengadakan beberapa siri latihan kepada team pelapis.

Aku sangat menikmati kerjaku hari ini kerana kecintaanku kepada bidang-bidang yang serasi dengan jiwaku. Syukurlah.

Pelajar-pelajar pula, masya-Allah. Merekalah yang menguatkan aku untuk terus kuat dalam kerjaya ini. Malah, seringkali aku merasakan yang aku memperoleh banyak perkara yang telah mereka pamerkan menerusi akhlak baik mereka, sehingga mereka yang menjadi teladan bagiku memperbaiki diri. Dalam kalangan guru pula, aku banyak menimba pengalaman dan ilmu.

Sesuatu yang menarik di sekolah itu yang membuatkan aku rasa tidak seperti berada di sekolah, sebaliknya di masjid adalah kebanyakan guru di situ sering mencuri waktu memperbanyak amalan sunat di mana-mana bilik kosong yang boleh dijadikan tempat munajat. Ia semakin meriah menjelang musim peperiksaan. Sebaik pelajar memasuki dewan peperiksaan, akan bergemalah alunan munajat dari bibir guru-guru dengan penuh khusyuk dan tawaduk sambil rukuk dan sujud. Subhanallah. Aku tidak pasti di mana aku berada, cuma merasakan aku berada di sebuah tempat untuk menyemai pahala. Allah…..!

Ia hanyalah sekolah harian biasa. Bukan sekolah agama. Tetapi aplikasi daripada kefahaman dan tarbiyah di bilik darjah terpancar di mana-mana.

Terima kasih, Allah kerana menghantarku ke tempat mulia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s