Biodata

Nama yang dipilih oleh ibu dan ayah ialah Juwairiah Binti Md Jamil, nama seorang isteri Rasulullah SAW. Dilahirkan di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur pada Januari 1986. Anak sulung daripada empat beradik. Sudah membina sebuah mahligai indah bersama jejaka pilihan hati, Mohd Faisal Bin Mustaffa tanggal 24 April 2010.

Meminati penulisan, khususnya penulisan sastera. Telah menerbitkan beberapa buah cerpen dan puisi. 13 buah cerpen terpilih telah diterbitkan sebagai sebuah kumpulan cerpen yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan judul “Tawajuh Cinta” pada Januari 2010.

Berpengalaman dalam dunia penyuntingan; bekerja sambilan sebagai pembaca pruf dan penterjemah daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu bagi tesis akademik; ijazah, sarjana dan doktor falsafah, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sekitar 2008 hingga 2010. Di samping itu, turut melibatkan diri sebagai penulis bebas, atau penyunting di sebuah syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. secara sambilan sekitar 2009 hingga kini. Antara novel yang telah disunting ialah:

1) Surat Ibu Dari Penjara, sebuah novel awal remaja, karya Ummu Hani Abu Hassan.

2) Remaja Harapan: Daripada Kosong Kepada Terulung, sebuah novel awal remaja, karya Hilal Asyraf.

3) E-mel Untuk Damia, sebuah novel awal remaja, karya Zaihanim Zainal Abidin.

4) Iwan dan Salji, sebuah novel awal remaja, karya Iwan Ghazali.

Sekarang sedang mengajar di sebuah sekolah menengah harian di Pulau Pinang sebagai seorang guru, di samping menjadi kolumnis bagi sebuah majalah Islam remaja, Gen-Q dalam ruangan ‘Diari Guru’ terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s